Pages

0

End of March. 7 month.

Assalamualaikum wbt~
Bismillahirrahmanirrahim~


Takde cerita lain nak share melainkan cerita ibu mengandung. Hehe. Dah tu je ada dalam kepala nih. 

Everyday, every moment kena kacau dengan my lil dalam perut. Duk bergerak manjang. Kadang-kadang tengah drive pun dia dah gerak sana sini. 
 "Awak tunggu yea. Nanti kite drive sama2 pergi ngan balik kerja dari opis ibu." Heheh

Lagi satu bila aku main game kat tab. Candy Crush Saga la semestinya. Tengah sawan mengadap game nih. Sampai kadang-kadang tu suruh Incik suami online tuk bagi nyawa@life kat aku. Hahaa. Time aku main game tu la, my lil pun ikut main 'game' dia. Pantang letak lengan kat perut, mula dia kuis-kuis. Hehee. Ikut perangai ayah dia kot la nih. Ibu baru nak berjinak-jinak dengan Candy Crush Saga (tu pun ayah awak yg ajar nih), ayah awak dah bersusun CD game XBOX nyer.

Seminggu lepas bleeding, aku kena kencing kotor. Lepas aku balik dari Pangkor. Again. (yang ni pergi dengan family in laws). Seksa rasanya sebab sakit dari pagi kat bahagian kanan perut. Jalan pun kena pimpim tangan suami dan pelan2. Aku dah risau, takut kena apendix. Tapi doktor bagi ubat kencing lawas, antibiotik, ubat angin dan sakit perut. Peh, banyak giler ubat. Tapi sebab taknak sakit, kena telan jugak. Haish. Rasanya banyak minum air milo dan kurang minum air kosong. Yelah, aku asik berjalan-honeymoon-konon. Makan kat kedai, tak kan nak order air kosong jer. Bosan jugak.

Minggu ni ke klinik, HB turun plak. Bulan lepas elok naik 11.6. Bulan ni turun ke 10.6 plak. Pen merah sudah. Ubat dah elok makan ikut apa yang nurse cakap. Hmmm..

Isnin ni kena minum air gula. Nurse yang cek aku pun pelik kenapa doktor suruh aku buat test air gula. Tapi dah tu arahan doktor, nurse suruh aku amik test ni Isnin sebab dia terlupa dan dah termiss plan. Huhu. Patut bulan lepas. Nak tak nak, minggu depan kena ke klinik lagi. Pastu minggu depannyer lagi kena ke klinik lagi untuk monitor HB plak. Adeh!! Banyak hari la aku skip datang kerja lewat bulan Mac nih!




 

0 comments:

Post a Comment

Back to Top