Pages

2

Komunikasi Lelaki Vs Perempuan

Kelakar rasanya bila diingat balik kejadian malam Selasa lepas. Kesian juga pada bakal adik ipar yang berada ditengah2. Haha. Mnjadi saksi pergaduhan kecil ala-ala manja. Haha. Tah pape.

Malam tu tolong bakal adir ipar pindah dari rumah sewa ke rumah abang kesayangannya itu, Incik S. Takde lah banyak sangat barang cuma beg yang aku bawa agak berat sebab ada buku2 tebal. Rumah sewa nya pula 2 tingkat (rumah kampung). So kena la turun tangga. Incik S hanya tunggu dalam kereta, PakTam. Walupun berat, selamat juga sampai ke lantai. Huh. Terus memandang Incik S yang di dalam kereta. Main game kat hp Samsung Galaxy nya. Huh. 'Tak nampak ke orang bawak barang berat ni?'

Aku merapati kereta sambil buat muka. Incik S terpinga2.
"Bukak bonet."

Bonet dah terbuka. Incik S terus duduk dalam kereta. Manakala aku menanti dengan penuh harapan. Berharap dia akan keluar dari kereta dan ambil beg yg aku pegang tuk dimasukkan ke dalam bonet.

~cengkerik berbunyi~ *perlu ke? hehe

Harapan tinggal harapan. Aku dengan muka tak puas hati, angkat beg tu dan masukkan ke dalam bonet sambil mengomel sendiri. " ish, geramnye lah!! Geram!!"

Incik S terpinga2. Ya, memang muka dia macam orang yang tak faham apa2. Bertambah geram aku tengok muka seposen dia. Adik ipar pula dah tergelak2 sambil berkata sabar. Haih. 'Apalah angah kamu ni.'

"Eh, kenapa? Apesal? Apesal?"
"Geramnye lah!!"

Incik S hanya gelak2 dan bertanya kenapa bila semua dah dalam kereta dan bergerak ke rumahnya. Waktu ini aku seperti mahu tepuk dahi sendiri. Bukan sebab Incik S yang tak paham2 tapi sebab salah aku sendiri. Aiyaa~ Aku terlalu emosi sampai tak berjaya membuat Incik S terasa diperlukan. Salah arahan dan ayat yang keluar dari mulut aku. Haih. Dah baca buku 'Men are from mars, Women are from Venus' pun tak faham2 lagi aku ni. Bukan tak faham tapi waktu tu aku lupa betul. Emosi sangat. Tepuk dahi sendiri.

Bila aku dah cerita kenapa aku geram, Incik S gelak. "La, kenapa tak bagitau tadi. Ingatkan tak berat. Cuba cakap, Yang, beg ni berat la. Tau la I nak bawakkan. U tak cakap, mana I tau". Pek. Kena sebijik lagi.

Waktu ni aku memang mengaku salah sendiri. Huhu. Lupa pada satu bab dalam buku tu. Huhu.

Komunikasi Lelaki dan Perempuan.
Lelaki tak tahu apa perempuan nak, melainkan perempuan beritahu atau minta. Tapi Perempuan mengharapkan lelaki akan faham bahasa tubuh mereka yang mengharapkan bantuan. Hohoh. Pastu si perempuan terasa seperti tak disayangi, manakala lelaki terasa seperti tak diperlukan atau hangin bila si perempuan tiba2 merajuk. Si perempuan merajuk dengan harapan si lelaki akan memujuk tapi si lelaki buat tak tahu sebab dia tak tahu sebab apa si perempuan merajuk atau perlu dipujuk. Pastu pendam. Pandam. Pendam. Meletopp!!. Aiyark~ *perlu ke?

Tapi Alhamdulillah dengan Incik S, walaupun kadang2 aku terlajak kata, agak mudah bagi aku mengakui kesalahan sendiri. Mungkin sebab aku dah aware dengan perkara2 ni dan Incik S tak terasa hati sangat. Dia pun positif orangnya, terbuka tapi lawyer buruknya lebih. Kami boleh bincang tajuk2 dalam buku tu bersama dan dia bersetuju. Di tambah dengan gelak tawa, pergaduhan kami selalunya diselang seli dengan mimik muka yang buruk tanpa segan silu, kisah teladan nabi atau para sahabat dan masalah selesai. Aku beritahu apa yang aku mahu dan dia tahu apa yang dia perlu buat.

Tapi lepas ni, aku akan mula belajar meminta tolong daripada Incik S. Beritahu. Cakap. Bukan harap dia faham sendiri. Huhu.

Note: Selepas makan malam bersama, Incik S buat suprise. Selepas aku masuk rumah, tak tahu bila dia U-turn, senyap2 letak teadybear kecik ngan kad kat viper PakTam. Sedap tengok TV, Incik S mesej ade posmen lalu depan umah, suh tengok kat luar. Mahu menangis tengok kad ngan teady tu terselit kat viper. Huhu. Terima kasih sebab bring up sweet memories masa kita dalam ikatan pertunangan ni, Incik S. Sayang U dalam2. Erk? Jiwang jap. Ngeh3. (>_<")

2 comments:

Nazhatul said...

hehehe... sweet nye... semoga kekal sweet hingga akhir hayat..

ni kdg2 je jd kat aku. tp biasanya hubby aku paham sendiri. mcm beg laptop. laptop aku berat. selalu kalau balik keje aku tukang bukak pagar rumah n pintu rumah.. beg laptop still dlm kete. die dah parking cantik2 masuk pagar, menonong jek masuk rumah takmo amikkan beg laptop. padahal aku dah penat2 turun kete bukak pagar n pintu rumah, takmo pon tolong angkat kan. tapi salah aku gak la kan tak mintak tolong sapa suruh. skrg aku selalu mintak die tolong angkatkan. hehehe... kalau beg baju lak takyah suruh. die akan angkat sndiri n dia akan marah kalau aku angkat. die tak kasi aku angkat barang berat2.

kadang2 die sengal cam tak paham aku, tp kadang2 tak payah mintak tolong pon die buat sndiri. masa tu rasa terharu sgt. bukan senang nak cari hubby yg nak tolong cuci baju, jemur baju, sapu rumah, cuci pinggan. heheh...

Eyzan Encha said...

amin.. Harap2 la. (^_^)

tu la. kita ni kadang2 tanak nampak manja sgt, sikit2 nk mintak tolong. macam tak boleh buat sendiri, indipendent. tapi bila laki wat dono, kite sakit hati. pastu marah2. sendiri cari pasal. emosi sgt. hehe

tapi untung la kalo dpt laki yg rajin, ringan tulang. bersyukur. tak yah mintak lebih2. hehe. tapi Incik S ni aku rase memang kena bagitau selalu lah. part suprise, dia mmg hero. part tolong2 ni kena bagitau jugak. hehe.

pasni kena ringankan mulut bagitau, mintak. pastu nanti lama2 dia biasa la kot. huhu.

Post a Comment

Back to Top