Pages

0

Aku Yang Baru

Bismillahirahmanirahim~
Assalamualaikum wbt~

Terasa masa makin cepat berlalu dan aku terpaksa menyusun aktiviti harian dengan cepat, tepat dan laju. Hah. Yup. Lagi2 dengan ada anak kecil yang suka sangat tagih perhatian, haruslah membuat segala urusan dengan cepat tatkala si kecik pejam.

Mostly sekarang aku banyak habiskan masa di meja sendiri. Terikat dengan jadual makan, kudapan dan yang paling penting, jadual mengepam. *eh, takde kena mengena dengan kerja ke duk meja kerja nih? Hahaa. Tibe2 kerja jadi aktiviti sambilan pulak. Hamboih2! 



Sekarang berkawan baik dengan pam duo jenama Rumble Tuff. Mula2 pakai pam adik aku, brand Autumz tapi dia ni single pam. Macam lambat la nak collect susu, amik masa nak tukar kiri kanan. Jadual pam sekarang jam 9.00 pagi (kadang2 10 pagi sebab gi sarapan dulu.hehe), sesi ke-2 jam 12.30tghri dan sesi ke-3 jam 4.15ptg. Setiap sesi aku amik masa 30minit. Mostly sekarang bole dapat 10-12oz sehari. Paling banyak 12oz lah. Selalunya kurang sebab aku kadang2 terlajak waktu pam, pam dalam keadaan kelamkabut nak cepat. Orang kata ia akan mempengaruhi collection susu jugak. Hehee. Stok pn sebenarnya dah habis sebab masa cuti aku 'tersangat' rajin buat stok dan susu pun paling banyak dapat 2oz. So aku stress. Malas pam. Hahaa. Jangan tiru aku.

12oz tu pan sebenarnya tak cukup sebab Deya minum 16oz sehari. Sekali minum 4oz, sehari 4kali. Pam hari ni untuk esok. Alhamdulillah masih cukup dengan berbekalkan baki stok frozen EBM. Topup sikit2. 

Mulut aku pun sekarang tak lekang dengan makanan. Air sudah semestinya. 


Beg purple tu brand jingle2 ke ape, dapat dengan Rumble Tuff, pakej. Dalam tu aku isi botol air 2liter, beg pink (cooler bag Autumnz), 2 pam, 3 botol milk storage dan sticker. Ni dah jadi beg kedua aku selepas handbeg. Plastik putih tu plak roti wholemeal yang aku makan dengan cheesedale. Wat minum pagi dan petang. 

Dalam laci hujung tu tersimpan segala harta karun....MAKANAN! haha. Stok biskut oat, air kotak vsoy multigrain, Air kotak susu dutchlady, 3-in-1 choc oat dan mcam2 lagi. Hahaa.(air merah tu mirinda strawberry dan air laici dalam tin tu dapat hamper. Serius aku dah lama tak minum benda2 ni. So, aku letak je atas laci, tunggu diorang basi. eh? bole ke? Hehee. Suke2 hati

Hidup aku memang makan je sekarang. Motif? Nak banyakan susu semata2. Sebab tu berat aku tak turun2 sejak dari bersalin agaknye. Deya 1bulan, aku 58kg. Deya 4bulan, aku 57kg. Hahaa. Saya suka! Saya suka!

"Aku yang dulu, bukanlah yang sekarang,
Dulu ku slim, sekarang ku dah kembang,
Dulu, dulu, dulu ku biasa saja, sekarang aku BAHAGIA~"

*aci dak bole buat lagu? Hahaa.*

Wassalam~
0

Tentang Dhia. Eh, Deya.

Bismillahirrahmanirrahim~
Assalamualaikum wbt~

Lama meninggalkan blog. 
Bukan takde masa, cuma tak sempat. Eh? Same lah tu kan? Hehe

Baru je 2 minggu memulakan rutin harian sebagai pekerja. Patut dah 3 minggu tapi dek kerana ke'cuak'kan yang melampau nak masuk kerja, dah cuti 3 bulan pun aku extend cuti lagi 1 minggu. Hehe. Over kate adik aku. Heh. Peduli lah. 

Bukan ape, sebab Deya tak pandai menyusu botol lagi. Nangis macam kena sampuk bila disua botol susu. Harus lah aku cuak. Bila akak jiran lama sudi nak ajar minum botol dan jaga kan, baru la aku berhati waja nak pergi kerja. Hahaa. Over lagik. Ishtifar. Ishtifar. Fuhh~

Alhamdulillah.
Deya ok. Tak meragam. Tak nangis. Cuma perangai yang susah tidur siang tu memang susah nak ubah. Time lunch break, Deya akan tuntut upah berperangai baik iaitu ngempeng kiri kanan. Layan kan. Hehee. 

Walau ape pun, Deya memang sangat baik perangainya. Merengek nak susu is normal lah kan. Pastu tak suka kena tinggal sorang2. Nak ade kawan, nak nampak muka orang. Yang pernah jumpa Deya mesti cakap Deya ni ramah sebab cepat senyum, kadang2 ajak cerita. Tu yang Ibu makin geram. Kalau dah layan Deya cerita, memang tak boleh buat kerja lain. Dok ngadap dia saja. Haha.

Sekarang dah mula rajin nak mengiring. Hopefully soon pandai meniarap atau 'mengkurep' kate orang jawa. Isap tangan tu dah selalu sangat sampai menjejeh2 air liur. 

Ainul Mardhiah, 3 bulan 3 minggu. Lunch break.

Ibu dan Ayah love you much. 
Our lil' angel. 
Bidadari Syurga.

0

Mimpi



Mimpi jadi kenyataan.
Semua tu dengan izin dan ketentuan Tuhan.
Terjawab persoalan.
Senyum.

Harap mimpi malam tadi pun jadi kenyataan.
Mimpi indah.
Semoga dipermudahkan.
Semoga dilimpahkan rezeki buat kesayangan yang bakal lahir.

Si Ayah dah makin galak buat suara kartun di perut.
Si Ibu dok geli pusat.
Nanti dah lahir, takut baby keliru dengan suara Ayah atau kartun.
Gelak kan ayah.
0

Aduhai~

Assalamualaikum~
Bismillahirrahmanirrahim~

Hai lah. Hai lah. 
Mengeluh sudah. Huhuu.
Badan sangat2 tak sedap. Mood pun macam ke langit. Bangun pagi tadi je dah terpikir dalam kepala nak amik MC. Kenapa? Sebab malam tadi sangat la tak boleh tidur. 

Pelik jugak sebab badan takde la sakit atau sengal-sengal sangat cuma mata tak mengantuk. Tak kan lah dapat tido 2 jam petang tu, mata terus segar sampai pukul 3 pagi. Mata pejam tapi otak memang still running, merewang tah mana-mana. Dah macam-macam surah dan ayat baca, kot mata boleh mengantuk. Takde jugak. Ikutkan, seharian jugak aku aktif hari ahad semalam. Pagi buat sarapan roti bakar dan telur separuh masak, lunch masak brokoli dengan sambal telur, minum petang buat jemput-jemput, dinner goreng ayam dan pukul 10 buat Tiramisu. Patutnya badan penat dan boleh tidur dengan baik. Ke aku terlebih penat? Huhuu

Allahu.
Semoga hari ini Allah berikan hati yang tabah dan terus berkerja dengan baik. 
Semoga Allah redha.



Berjaya merasmikan Mixer hadiah kahwin dari Kelab Sukan & Kebajikan Jabatan.



Wassalam~
0

Bila mood datang.......

Bismillahirrahmanirrahim~


Hidup ini memang lazimnya sukar dimengertikan.
Banyak ujian yang tanpa disedari, mengajar kita menjadi manusia.
Punya rasa, menjadi Hamba.

Hidup ini hanya sementara. Jangan terlalu berkira.
Hidup ini hanya pinjaman. Jangan ikutkan perasaan.

Kembali kepada Tuhan, hanya itu yang diri ini perlukan.
Niatkan segala perbuatan hanya kerana Tuhan.
Mencari ke'Redha'an yang bukan senang untuk didapatkan, tanpa usaha yang berterusan.


EyZan Mac, 2013.



Wassalam~
0

Bebel. Bebel.

Assalamualaikum wbt~
Bismillahirrahmanirrahim~

Sekarang waktu yang agak rilex di opis. Sejak mengembalikan tugas 'berat' kepada yg hak, kadang-kadang terbit rasa rindu dengan tugas tu. Selama 2 tahun pikul kerja yang selalu buat aku termenung dan terpacul ayat "argh..rasa nak berhenti kerja!". Hahaa. Dasyat. Tapi ni memang betul sebab bos aku yang berpangkat 41 pun merasakan benda yg sama waktu kami buat kerja sama2. 

Kini, kerja aku agak rilek. Laporan bulanan yang kadang2 buat aku stress sebab tak 'tally' @ seimbang, laporan penuaian dan kerja2 segera yang diberikan bos. Ditambah dengan keadaan diri yang dah berbadan dua, lagi lah mereka tak bagi turun ladang. Ada masa awal pregnant, aku buat pemeriksaan ladang. Penyelia ladang dah cuak, asyik tanya "Boleh ke, jan? Ok ke?".. Hehee. terima kasih kerana perihatin yea. Yang seronoknye bila mengandung ni, time buat pemeriksaan ladang, bila sebut nama makanan, terus wakil sayrikat carikan. Haha. Aku asyik sebut je kerepek pisang tanduk, tau2 esoknya ade 3 peket kerepek pisang dalam pick-up. Hahaa.. Best. 
0

End of March. 7 month.

Assalamualaikum wbt~
Bismillahirrahmanirrahim~


Takde cerita lain nak share melainkan cerita ibu mengandung. Hehe. Dah tu je ada dalam kepala nih. 

Everyday, every moment kena kacau dengan my lil dalam perut. Duk bergerak manjang. Kadang-kadang tengah drive pun dia dah gerak sana sini. 
 "Awak tunggu yea. Nanti kite drive sama2 pergi ngan balik kerja dari opis ibu." Heheh

Lagi satu bila aku main game kat tab. Candy Crush Saga la semestinya. Tengah sawan mengadap game nih. Sampai kadang-kadang tu suruh Incik suami online tuk bagi nyawa@life kat aku. Hahaa. Time aku main game tu la, my lil pun ikut main 'game' dia. Pantang letak lengan kat perut, mula dia kuis-kuis. Hehee. Ikut perangai ayah dia kot la nih. Ibu baru nak berjinak-jinak dengan Candy Crush Saga (tu pun ayah awak yg ajar nih), ayah awak dah bersusun CD game XBOX nyer.

Seminggu lepas bleeding, aku kena kencing kotor. Lepas aku balik dari Pangkor. Again. (yang ni pergi dengan family in laws). Seksa rasanya sebab sakit dari pagi kat bahagian kanan perut. Jalan pun kena pimpim tangan suami dan pelan2. Aku dah risau, takut kena apendix. Tapi doktor bagi ubat kencing lawas, antibiotik, ubat angin dan sakit perut. Peh, banyak giler ubat. Tapi sebab taknak sakit, kena telan jugak. Haish. Rasanya banyak minum air milo dan kurang minum air kosong. Yelah, aku asik berjalan-honeymoon-konon. Makan kat kedai, tak kan nak order air kosong jer. Bosan jugak.

Minggu ni ke klinik, HB turun plak. Bulan lepas elok naik 11.6. Bulan ni turun ke 10.6 plak. Pen merah sudah. Ubat dah elok makan ikut apa yang nurse cakap. Hmmm..

Isnin ni kena minum air gula. Nurse yang cek aku pun pelik kenapa doktor suruh aku buat test air gula. Tapi dah tu arahan doktor, nurse suruh aku amik test ni Isnin sebab dia terlupa dan dah termiss plan. Huhu. Patut bulan lepas. Nak tak nak, minggu depan kena ke klinik lagi. Pastu minggu depannyer lagi kena ke klinik lagi untuk monitor HB plak. Adeh!! Banyak hari la aku skip datang kerja lewat bulan Mac nih!




 

Back to Top