Pages

0

Wake Me Up When September Ends

September, 2023. 

Akhirnya, September dah sampai ke hujung. Bulan yang selalunya dipenuhkan dengan aktiviti menutup rasa. Tapi tetap, hujung September tiba dengan emosi yang kaku. 

Hari ini berjalan perlahan. selesai sarapan, merenung dicelah pintu. Pandangan ke laman. Hari ni tak terlalu terik. Cukup untuk buat kain jemuran kering. Aku putuskan untuk singgah sebentar ke blog yang dah lama dibiar sepi. Hehe. Kot boleh datang wahyu untuk menaip sikit. Alhamdulillah. 

Hari ni juga selain siapkan hal-hal rumah, perlu juga pulang ke kampung. Sambil perlu singgah ke kedai borong cari stok air mineral kecik. Nk bubuh dalam beg goodies pengantin. InsyAllah, 6hb Oktober, si bongsu lelaki nk nikah. Minggu depannya, majlis di rumah pula. 

Walau banyak tak clear pasal nk kenduri ni, dengan kewangan yang tak tau dari mana, konfius nk rewang ke katering, bilangan hantaran juga warna tema rombongan. Haha. Yang nak nikah tu laki, yang tak amik tahu hal-hal majlis kenduri. Nak dibiarkan, lebih kepada kasihan kepada mak. Makanya, sibuk lah kakak-kakak nya. Itu pun yang banyak function pun si kakak nombor 2. Aku? 10% je lah kot. Banyak meriahkan je. Huhu. Banyak faktor tak dapat tolong banyak. Jauh di utara Selangor, uruskan family sendiri. TokLaki pulak bukan jenis reti ringan tulang. Lagi-lagi hal kenduri, memang bodoh-bodoh alang. Tau makan tidur je lah nanti. 

Sampai kampung nanti, singgah kubur AYAH sekali. Genap 2 tahun ayah pergi. Rasa macam baru lagi. Ulang alik amik turn hantar ke IJN, jenguk di Hospital Banting, hantar barang kt HTAR. Setiap kali lalu depan HTAR teringat detik- detik terakhir hantar ayah masuk emergency dan bawa pulang ayah yang dah dimandikan. 

Ayah. 
I'll be the best version of you. 
InsyAllah kita jumpa lagi.

 
0

RAYA 2023

 

Oter seluar raya anak bujang

20 April 2023. 12.45 pm.

Masih di rumah kuaters. Haha. Baju pun baru siap asing, belum masuk beg lagi. Teringat yang seluar baju melayu si bujang tu belum oter. Alkisah gendut, memang kena cari baju saiz besar dari umur. 

Dah gosok baju raya, teringat si kakak takde tudung raya. Hadeih. Pakai tudung ibu je boleh tak. Malas tul nak cari dah. Huhu.

Baju ibu is baju kerja. Yang baru siap jahit. Kena timingnya, maka tak payah la cari baju raya. Haha. Baju dari hasil beli kain hitam kat Jakel Tanjong Karang dulu, beli zaman bujang simpan dalam kotak. Nasib elok lagi kainya walau dah lebih 10 tahun peram. Haha. Matching dengan kain batik Kak Suhaili bagi saguhati pergi Indonesia. Done. My 2023 baju raya. 

Apa apa pun, memang keperluan anak yang didahulukan. Setel part diorang, lega dah. Dan bila dah penat buat setelkan semua, selalunya mood untuk kelengkapan raya sendiri dah terus off. Sebab tu kita pakai apa yang ada. Baki bonus buat simpanan bernafas dimasa depan, InsyaAllah.

*Kasut raya pun kasut kerja. Lantok ler pakai high heel boot cover. Skema habis. Memang ku gasak kan kasut British Polo tu. Jenis setahun sekali beli kasut, pakai sampai lunyai. 😜

0

September


Wake me up when september ends.


Fragile month. 

Sebak.

Rindu.

Serabut.

The month yang hurt much.

Esok ada meting dan aku di sini. Menaip. 

Naik memori FB dan hanya menambah rasa. Rindu memeluk pada yang tiada. 

Tahun lepas di bulan ini. HTAR jadi saksi. 

Bulan berlagak kuat walau hati dh rapuh. Rasa macam baru walau dah setahun berlalu. 

Kubur ayah masih begitu. Hanya ada nisan batu.

Kelu. Kaku. Tiap kali hadir membatu.

Tiada kata. Tiada bicara.

Hanya hati. Yang turut sepi. 

Hadirlah, walau cuma dalam mimpi.

0

The Feeling

 


Just doing my job.

Kadang ada orang nampak dia tak berkuasa bila kita serba serbi boleh. Jadi, apa yang boleh dibuat adalah dengan menghenyak emosi, playing victim. 

Dia hanya ingin nampak berkuasa, ada walaupun tiada, perlu atas nama klausa.

Tangan tak gapai yang jauh, tinggi. Hanya cukup untuk berpaut selesa, sejahtera seadanya.

Penat. 

Tapi duduk di dunia ini memang untuk berpenat. Urus lah penat kita sebaiknya.

0

Ayah

 25 Oktober 1957 - 30 September 2021


Allah rehatkan ayah.

Takde kekuatan nak taip banyak.

This useless little child cuba belajar redha untuk ujian Allah yang satu ini.

I love you.

0

Saje

 Saje taip sini sebab aku mengantuk. Haha.

Oh ye. Buat kenangan di masa depan. Hari ni hari terakhir bertugas sebelum cuti Hari Raya. Esok aku amik cuti sehari sebelum raya. Konon nak masak-masak lah. Tolong lah datang kerajinan dan dapat beli semua barang yang perlu nak masak. Dapat buat kuah kacang pun jadi lah. Masalahnya, kacang tanah pun aku tak jumpa lagi ni. Kacang tanah dan udang kering. Hoho. Tolong jangan bantutkan hasrat untuk memasak kuah kacang kali pertama dalam hidup. Haha. Balik kang try singgah Fresh Grocer pulak cari. Huhu

Eh, kenapa beria nak masak nih? Bukan patut balik kampung ke?

For memory. Kisah untuk masa depan.

Esok 12hb Mei 2021, 30 Ramadhan 1442H bermula PKP 3.0. Tiada sambutan perayaan dan kunjung mengunjung dibenarkan. Balik kampung apatah lagi. So, bertabah lah kita semua mereput dalam rumah masing-masing makan meggie. Haha. Chop. Chop. Takkan nk masak meggie. Kesian anak aku weiii. Raya macam tuh. Makanya, ibunya inihhhh akan cuba memasak kuah kacang dan nasi impit. Huhu. 


Ah. Panjang pulak aku taip. Konon saje nak menaip. Dah la, nak sambung keje. Kejap lagi nak balik dah.

Chiawww.

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Dari Bahagian Perancangan & Pemantauan


0

Paktam

Simpan sini lah untuk rekod, bila servis si Paktam nih. 

Semalam baru ganti Disk brek kiri kanan. Kawan suggest datang bengkel sebelah hospital untuk cek sensor, as si Paktam ni ada senggugut yang dah buntu nak difikirkan puncanya kenapa.

So, here we are. EJ Workshop. Dah cek sensor, tokey kata naik noti ignition ke ape kebenda ntah tadi. Dia tunjuk 2 tempat yg ada sensor, so maybe masalah kat situ. Dia try drive dulu. Aku pun tunggu la kt bengkel sambil layan FB, Whatsapp yg terkojot. Haha. Layan je lah.

So, tokey dah reset balik sensor. Dia kabor kalau jadi balik, boleh datang semula dan cek sensor mana yg problem. Masalah wayar putus ke, ape ke.. 

Harapnya bertahan ye Paktam. Jangan semput2 lagi pehlezzzz.

Last singgah Kedai Tayar Man pulak. Tayar belakang asyik kempis je. Baru hari ni sempat nak singgah. Soheh, ade paku melekat kat tayar. Haha. Tampal RM5. 

Suka servis kt sini. Selesa la walau kite perempuan sesorang. Memang tayar2 Paktam semua made in kedai ni, hasil tangan diorang jugak. Kite support kedai melayu yg bagus. 

Oh ye, EJ Workshop tadi pun melayu. Nama tokey Ejan. Haha. Sesuai sangat. Tak boleh blah, muka pomen ada iras ex. Aku ingatkan dia keje part time pomen tapi kok kurus? Haha. 
Aje giler.




 

0

SAKIT

 



Kalau kau rasa tak dihargai
Tutuplah mata, peganglah hati
Kalau kau rasa diri kau sunyi
Jangan bersedih
Aku disini
Walau hidupmu tumpas
'Ku akan beri kerjasama
Bangkit wahai kawan, hidup ini tak sempurna
Jangan selalu bersedih
Kujuga selalu terleka
Kesilapan lama bakal jadi rama-rama
Tapi aku sakit bila ramai keji
Sakit aku bukan sakit dihati
Jadi sakit aku pendam sendiri
Rasa sakit ini tak akan berhenti
Mergerti
Kuterpaksa hadap walau penat lari
Kuterpaksa jatuh bila penat diri
Kuterpaksa hilang walau ramai cari
Aku lupa ingatan
Jadi tolong ingatkan
Saat luar kawalan
Jadi tolonglah pesan
Tolonglah aku kawan
Aku ni manusia
Kubuat kesilapan
'Ku manusia biasa
Percayalah
'Ku yang berikan tangan
Jika engkau memerlukan
Jadi tolong jangan segan
Kalau kau rasa tak dihargai
Tutuplah mata, peganglah hati
Kalau kau rasa diri kau sunyi
Jangan bersedih
Aku disini
Walau hidupmu tumpas
'Ku akan beri kerjasama
Bangkit wahai kawan, hidup ini tak sempurna
Jangan selalu bersedih
Kujuga selalu terleka
Kesilapan lama bakal jadi rama-rama
Tapi aku sakit bila ramai keji
Sakit aku bukan sakit dihati
Jadi sakit aku pendam sendiri
Rasa sakit ini tak akan berhenti
Mergerti
Kuterpaksa hadap walau penat lari
Kuterpaksa jatuh bila penat diri
Kuterpaksa hilang walau ramai cari
Kau kenal aku siapa
Yang dulu bukan aku
Masa tu aku gila
Kusendiri tak tahu
Apa yang sudah jadi
Kurasa macam mimpi
Hanyut di realiti, kesannya hari ini
Penyakit tiada luka
Sakit tiada parut
Sakitnya di kepala
Bercelaru mengarut
Tindakan luar biasa
Marah terus mencarut
Lupa semua kata
Rasa nyawa tercabut
Aku faham
Apa yang kau rasa
Janganlah kecewa
'Ku sentiasa ada

Terlayan pulak lagu nih.

https://www.youtube.com/watch?v=XM2aBqiwX9o

0

WTF (what the feeling)


Err. Ada something yang mengusik. So selesa to write it here. 

Recently macam rimas. Wanna put the limit for not toooo much involved in, everytime it come out. And ai kindda dont like the feeling. Entah. Its my feeling. Or maybe overthinking (yah, i do think a lot, overdose, about everything, in my head). But tak selesa and tak suka with that type of attention. 


Harapnya hanya perasaan sendiri sahaja. Biasalah, overthinking kan. Bajet hot lagi. Hah, githew. Hahah.


Semoga Allah jauhkan dari anasir2 yang tak baik. Dan beri kebaikan buat kita semua. Amin. 

0

Toxic

Tak tahu lah either orang lain bertoxic or aku sendiri yang toxic? Put the toxic to myself?

Ntah.

Well, maybe i really need a pause button and view back mylife. Serabut sangat rasanya ni. Macam lost somewhere, something..what so ever.

Entoh ler.

Pantai Sg. Kajang, Tg. Karang
0

Senget

Minggu pertama Deya sekolah selepas Mc 2 Minggu.

Kelam kabut sedia barang. Dengan budak2 mandi lambat. Semua ibu kena mandikan. Kakak Deya pun, sebab tangan bersimen kan. Jadi, persediaan amik masa yang lama. Sorang2 kena siapkan.

Lepas tu Ammar pulak dah 2 hari ngaruk. Kat rumah elok je. Bila nak naik motor dengan Makmok, dia terus tak nak. "Ammar cuti hari ni." Eh, banyak cekadak ye. Semalam dah guna alasan yang sama. Hari ni dia buat peel lagi. Last2, ibu hantar ke PASTI. Beli jajan, suruh masuk kelas. Ibu tinggal je dengan cikgu, walau dia nangis. Sampai Bila nak manja ntah.

Ibu pun muka tak semenggah pergi kerja.
0

Mabok Kepayang with the #boss

Bila tangan rajin sangat main game apps dalam Facebook, lepas tu asyik berkait dengan artis yang sama, macam mana lah tak mabok kepayang ye dak. Gatal sangat. Hahaha.

Memang tengah mabok dengan #boss, adik sado (sebab umur muda setahun. hahaha. Bajet aku ni tua sangat la nak dibandingkan tuh) MR. ZUL ARIFFIN

Entah apa aku nampak kat mamat ni tak tau lah. Dulu aku suka ZedZaidi sebab dia bawak watak kelakar. Dalam blog pun poyo. (As i am poyo too, i guess. hahaha). Mr Zul Ariffin nih..tak sure mana turning point nya aku pandang dia nih. Sayang awak 200% pun takde la suka sangat. Biasa je. Tapi baru baru ni tengok Mr. London Miss Langkawi makin hardly suka. Oh My. Haha Badan sado berketak tu not really getting my attention. I guess bcoz i heard he laugh. Ketawa kaw2 punya takde cover. Then dia punya charming eyes dan gaya bercakap yang bukak mulut sikit je. Pastu senyum senget. That got me. hahaha. Nampak sangat mabok kepayang tak? Macam zaman budak2 kan? Hahaha. As my hubby pun getting jeles sometimes, alwez. Hahaha. Sorry Hubb..

Pastu ditambah bila main apps dalam Facebook, asyik sangkut dengan nama Zul Ariffin. Lagi la sawan kan? Sampai senyum2 kambing satu hari haaaa... giler parah.






0

Nothing

Want nothing and hope for nothing

Thank you for doing nothing

Got nothing more to do

Nothing more to give

Even to forgive

0

Happy Me

Dapat jumpa kawan yang sorang ni. Tak cukup masa rasanya berborak sebab kena cakap kuat-kuat. Haha. Tengah program dengan Menteri.

Next, harap boleh kumpul lagi ye Zana. Dengan Adah sekali.

Rindunya kat korang. Borak-borak. Gelak-gelak.

My BFF dari sekolah. BFF sama-sama kerja kampung dulu.

0

Hai November 2017

Hai
Hai
Hai

Its a test. Baru instal apps blogger.

Hopefully lepas ni rajin- rajin taip kat sini. Rindu menulis.

0

Februari. Kasut baru.

Jenis orang lasak. Kasut plak cap ayam. Makanya, ni lah jadinye. Huhu. Ade la 2-3 bulan memakainye.

Keje plak kadang2 ke sawah, kilang, pukal padi. So aku rasa kasut ni memang sesuai la.

Kasut ni selesa even cap ayam. Kengkonon Crocs la kan. Nak beli original sampai beratus (tak silap dalam RM150), memang tak la. Dapat kat Tesco, RM25 je. Corak pun comel2. Ok la kan.

Ni dah bejat, nak ke Tesco lagi, pegi beli baru. Heheh.


0

Disember

Disember.

Tak tahu kenapa, bulan ni selalunya penuh emosi. Seperti tahun-tahun yang lepas.

Emosi.

Emosi sebab banyak sangat sales menjunam sana sini tapi tak mampu nak pergi. Hahahaa. Sila control nafsu shopping anda.
Beruntung la duduk kampung, jauh dari faktor2 menghabiskan duit ni. Cukup2 lah shopping online tu. Kikikiii.


0

Bila Pam Tak Berfungsi

Khamis lepas dilanda ke'cuak'kan bila pam aku yang dipanggil 'Encik Taff' a.k.a. Rumble Tuff tak berfungsi.

1st session aku adalah sebelum pergi kerja, jam 7 pagi. Peh. Peh. Peh. Cik B dah bengkak sebelah, yang sebelah lagi Ammar baru je nyusu. Cuba untuk bertenang. Tapi terserlah jua bila hincik suami tanya kenapa. "Pam rosak." Sambil senyum tak ilkhlas. Huhuu. Aku hanya mampu marmet sekejap sebab dah lambat nak pergi keje, setakat tak nak bagi bengkak sangat. Dapat la 2oz. Normally 1st session dapat 4-5oz.

Kebetulan hari tu aku nak ke Shah Alam, pergi dengan suami. So berharap la sempat balik Klang pinjam pam kakak ipar tuk 2nd session. Sambil tu dah halo2 opismet nak pinjam pam sementara nak servis hincik taff.

Petang singgah Klang jap, kebetulan kak ipar pn tak kerja. Alhamdulillah, lega dapat pam susu semua. Hincik taff pn aku bawak, so saje try ngan power adapter Autumnz Bliss.

"Teeeeett"

Idop!

Hati punya la lega. Sebab maksudnye yang rosak hanya lah power adapter nye, bukan pam. Just beli wayar baru, tak perlu hantar pam utk servis. Syukur. Senyum.

Esoknye suami ke Shah Alam, kirim la pegi kedai One Baby World. Wayar Rumble Tuff tu berharga RM54.00. Boleh tahan regenye. Huhu. Bayor aje lahh. Wayar yang rosak tu pun dah 2 tahun umurnye. Layak ganti baru kot. Janji bukan pam yang rosak. Syukur. Senyum.

Alhamdulillah. ^_^


0

Nama

Hari ni dapat faks dari pertanian daerah. They used to call me Zana. Haha. Just like my in law will called me. Di office je geng panggil Ejan. Cik Ejan even dh 3tahun kahwin. Hehe. Fefeeling bujang giteww.

Nak diceritakan, aku pun amik la dokumen faks tu kat admin. Sambil balik ke meja sendiri, aku tengok la detail kat borang faks tu.

Maklumat penerima: Pn. Irzana.

WHAT THE??!!?

Dah biase jugak la diorang ni salah eja nama. Izana, Ezana, tu dah biasa. But....
Irzana? Why 'ir'? Adeh.

Aku tak tau nak gelak ke, nak senyum kambing ke, nak ape that time. Pastu sentap sendiri. Yang aku perasan sangat tu apehal? Hahaha. Sendiri kecoh. Kemon la ejan, jangan poyo sangat. Mihmihmihh.

Ir-zana was history.

Tq la akak yg anta faks sebab eja nama saya macam tu. Menusuk ke esofagus kak. Nak tercekik baca nama tu. Hehehee.

*kecoh eh. Bukan akak tu tau pun sejarah ko ngan 'ir' tu. Tunjal kepala sendiri*


0

First Week of November, 2015

Nampak?

Ecehh. Macam aku sorang je kerja banyak.
Dokumen untuk Audit Stor dan Stok baru 25% kot. Fizikal belum sentuh. Bertindih pulak dengan kursus. Nasib kursus kt opis je.

Pastu nak kumpul, kira data untuk SKT pulak. Buat last minit, insyaAllah boleh tapi data tu semua kongsi dengan staff2 yang lain. Kalau aku tak buat, diorang tak boleh isi SKT diorang. Hahaa. Kena buat cepat jugak.

Adeh. Semua dateline hari Jumaat ni nape??!?


Back to Top