Pages

2

Rindu

Assalamualaikum~
Bismillahirahmanirrahim~


Rindu.
Banyak perkara yang tiba-tiba datang bertandang.

Rindu.
Tengok gegurl merempit, teringat zaman merempit. Dengan motor Yamaha SRX yang tak boleh nak bawak laju tu la, aku berpanas, berhujan dan basah kena simbah lopak. Rindu dengan outfit bila nak merempit. Jaket jabatan, sarung tangan putih, topeng muka dan kasut sukan. Hah. Sayang kulit oiii!. Pernah sekali tak pakai sarung tangan, hambekk. Tangan merah terbakor. Yelah, perjalanan amik masa 3jam, mau la terbakor yop! Memang feeling lone-ranger betul mase merempit. Boleh singgah Jusco Bukit Tinggi, g tengok wayang sorang2. Mak aku pun pelik. Boleh pulak buat perangai macam tu, kan? Anak sulung yang main hentam je ikut suka dia nak buat apa. Hehee

Rindu.
Zaman bujang seharusnya. Ya, bebas nak ke mana-mana. Bebas maksud aku, kalau nak pergi program mana-mana, dengan hati yang senang ajak kawan-kawan. Dan tak kisah jika balik lambat atau malam. Paling rindu, outing dengan Adah. Asal balik kampung, mak dah tau aktiviti wajib aku. Keluar dengan Adah. Kalau tak, aku duk rumah je. Tak pun jadi driver mak ayah gi kondangan @ kenduri. Seronok jugak. Bila lagi nak habiskan masa dengan parent.

Rindu.
Nak balik kampung selalu. Lepak bertapa dalam rumah, tengok tv dan tidur. Hahaa..Nikmat sungguh!!

Rindu.
Pantang nampak Kancil Merah Turbo. Terus tersenyum. Lagi-lagi kalau dia keluarkan bunyi berdesit time pecut. "Chinggg!!" . Bunyi berdesit tu la yang selalu suami buat bila lalu depan rumah mase time ngorat2. Hehe. Alahai, rindunye kat BoiFreNd. Sampai sekarang masih boleh tersenyum lebar bila nampak.

Rindu.
Nak dating lama2. Rindu zaman dating. Nak bercinta to the full-lest. Hah. Sebelum kahwin, more to kawan tapi mesra, so tak de la dating beria sangat or sms, gayut berjam. Ingat pas kahwin, boleh la dating beria santak, tapi badan aku plak tak larat sebab dah berbadan dua. Hahaa.


*entry ni dah lama taip tapi tak publish. Hehe*
*Tapi memang rindu pun*



2 comments:

Nazhatul said...

Aku pon banyak benda yang aku rindu. hehehe... paling rindu nak dating dengan boyfriend a.k.a en suami. hahahah...bila tah nak dapat dating lagi. dulu dah puas dating berdua kononnya. sekarang dah bertiga, rindu plak saat2 masa berdua. tapi bertiga lagi seronok kot. hahaha... kalau merajuk, boleh main2 dengan si kecik. biar ayah dia sorang2. hehehe...

Eyzan Encha said...

hahaa.. betol2. kalo merajuk, main ngan si kecik. tanda protes. tak pasal2 si kecik jadi mangsa. hehe

Post a Comment

Back to Top