Pages

0

2 Teman Lelaki Kesayangan


~Assalamualaikum wbt~
~Bismillahirrahmanirahim~


Dalam ramai2 kawan lelaki, aku sayang dua orang ini. Sumpah benar, aku sayang mereka. Sorang berpangkat sepupu, seorang lagak seperti abang, tempat aku bermanja. Yet, I do love both of them very much. Keduanya dikenali sewaktu alam Diploma.

Tiada kata mahupun ayat yang boleh aku ungkaikan perasaan dalam hati jika berkaitan mereka berdua. Yang aku dapat rasa, Allah beri perasaan sayang kepada keduanya. Entah mengapa. Mungkin perasaan itu kuat kerana mereka berdua hadir tatkala aku memerlukan kawan yang agak ‘giler’. Dan Allah temukan aku dengan mereka yang terbaik untuk ku.

Sehingga kini, kami masih berhubung baik. Terutama An. Banyak ilmu kami kongsikan. A very-very best friend. Seorang yang rendah hati dan bersopan. Dengan Sya, agak lama menyepi. I'm sorry, Sya. Lama tak contact. Hey, i do miss you, ok? Tapi segan nak call or mesej. Huhuu. I don't know why. Segan. Ya, segan. Aku kan banyak buat hal dengan ko. Tiap-tiap tahun, ade je aku buat pasal kan? Pastu bile ko sound, gedik-gedik pujuk ko balik. Saje nak manja-manja dengan ko kan? Hehehh.

Terima kasih atas segala jasa, pertolongan dan kesetiaan mendengar tatkala aku dilanda sawan mahupun meroyan. Sahabat kamu yang sorang ni, kadang kala berlagak seperti Princess di apit dua bodyguard. Namun, kadang kala berlari mencari kalian dikala hati terluka dan tanpa segan, menangis teresak. 

Dalam diam, sahabat ini sentiasa mengharapkan yang terbaik dalam hidup kalian berdua. Dalam diam, menantikan berita gembira. Dalam diam, mendoakan kalian gembira. Dalam diam, mahu yang baik-baik saja. Dalam diam, diri seperti melupakan kalian. Dalam diam, diri sepi dari perkhabaran. Dalam diam, kegembiraan sendiri tidak lagi dikongsikan. Dalam diam, kita seperti berjauhan. Dalam diam, masing-masing kerinduan. Dalam diam, hanya doa yang sempat dititipkan.

To An and Sya...korang kawan lelaki yang terbaik sangat. I love you both. Semoga dirahmati, dilindungi Allah selalu, dapat bina keluarga bahagia dunia akhirat, dilimpahi rezeki yang halal. Semoga SilaturRahim kita ni akan berpanjangan hingga ke syurga. Aminn. 

#Mode: Saya rindu mereka. Saya sayang mereka.

~Wassalam~ 

0 comments:

Post a Comment

Back to Top