Pages

0

Sambil Key-in Hrmis, sambil update blog. Boleh?

Waktu yang sangat kemuncak kini. Semua kakitangan awam ngah sibuk mengemaskini maklumat SKT. *Skema giler ayat*

Lama betul tunggu benda-manusia-buat nih. *Bukan benda-allah, kan? huhu*. Line internet opis ni pun bukan laju sangat. Nak tukar yang lagi laju pun, orang Telekom bagitaw kawasan sini takde coverage lagi. Yelah, kampung. Redha lah. kena berusaha dan lebih sabar nak mengisi maklumat dalam Hrmis nih. Plak tu, cuma PC kat unit Pentadbiran dan Promosi je yang ok, sebab ade internet. Kebanyakan PC ade kat Unit aku, Pengeluaran. Tapi kabel internet kena gigit dengan Cik Ti. Hampir 2 bulan dah ni. *sebab tu lame tak update blog. selama ni guna line opis. kih3* 

Tahun ni bertambah sket keje bila masuk musim SKT. Dulu aku just hantar kat bos, Incik R. Tahun ni, aku kena nilai beberapa staff sebab ngah memangku kerja pegawai. Kena la buat kerja2 dia juga. Haish. Sabar. Sabar. Makin banyak kerja, makin banyak cabaran, makin banyak ganjaran pahala. InsyAllah. Bersangka baik dengan Allah.

Hari ni dateline kena hantar kat Incik R. Silap hari bulan, kena duduk opis sampai malam nih. 




P/s: Jadi la lepas rindu kat blog. Dah lama sangat tak menaip karangan. Selalunya build repot dalam excell je. Huhu.

Note: Sabtu lepas join Kejohanan Futsal Jabatan Pertanian Negeri Selangor. Sungai Burong FC (Team aku) dapat JOHAN. Sampai sekarang sakit peha dan betis masih berbaki. Paling kronik kat tapak kaki. Diorang kata berjalan dah macam orang dalam pantang. Oh, macam ni ke? Hahahaa.

0 comments:

Post a Comment

Back to Top