Pages

0

Sendiri bagi arahan, sendiri buat kerja. Aiyaa~

Sudah masuk minggu ke 3 aku menanggung kerja pegawai atasan. Bebanan kerja adelah terasa sikit. Lagi terasa bila dah takde tempat nak mengadu domba. Huhu. Selalu share masalah yang memeningkan dengan pegawai atasan aku nih. Buat kerja sama2. Sambil share macam2 cerita. Pastu keputusan sesuatu permohonan, aku lebih refer kepada beliau. Beliau ada hujah2 yang kuat untuk menolak atau menerima sesuatu permohonan. Aku plak just ikut arahan dan laksanakan mana yan patut. Maklumlah, beliau dah 5 tahun bekerja di sini. Banyak pengalaman dalam melayani kerenah2 pelanggan2 kami. 

Sekarang, aku kena fikir dan teliti sesuatu permohonan dari mula sehingga akhir. Kalau dulu, bos aku komen sket kat kertas, aku amik tindakan. Sekarang, aku yang komen, pastu aku yang buat tindakan selanjutnya. Giler kuasa. Haha. Kire macam reminder plak jadinya. Adeh. Tapi semua ni aku kena terima. Semua ni rezeki. Rezeki ilmu dan pengalaman. Menjadi lebih teliti *dan cerewet mungkin*, sebelum kol wakil syarikat dah buat dialog baik2, susun ayat kasi proper dan ramah, rajin bertanya dan banyak usaha. Huhuu.

Amanat bos pun suh banyak back up Ketua Pusat dan bos kesayangan aku tu, En. R. InsyAllah, akan buat sedaya mungkin. Harus selalu up to date dan menyediakan segala keperluan maklumat dan data untuk mereka. *sampai aku request kt penyelia ladang, suh kurangkan pembabitan aku tuk inspection. Veto sungguh. Haha*



0 comments:

Post a Comment

Back to Top