Pages

2

Aku, Dia dan Pasangan Romantis

Hujung minggu yang sangat padat. Bermula dari Jumaat malam Sabtu. Ikut Incik S ke Jamuan Raya di rumah teman sepejabatnya. Aku diundang sekali, sebab pernah berjumpanya sekali. Taktik kami, datang awal. Sebab orang tak ramai lagi yg datang. Kalau dah ramai2 nanti, makin ramai orang2 yang 'seanggkatan' datang, mane nak nyorok. Haha. mau kena perli/ usik je. Tu pun memang tadah telinga je lah bile orang berkata kepada Incik S "yang ni lah yea, yang ko cuti tak pergi mesyuarat tu.". Aku senyum terkulat2. Haha. 

Singgah beraya ke rumah makcik di Sg. Besar, terus tido di situ. Makcik ku dah senyum2, usik2. tak larat nak jawab. Huhu. Incik S pulang ke Kuaters nye. Pagi2 jam8, dia dah amik aku di rumah makcik. Aku pun nak balik awal sebab nak menghadiri Jamuan Raya Kilang Padi HMN. Tapi kami bersarapan dulu dengan mengajak pasangan romantis yang sudah ku anggap seperti keluarga. Pagi2 dah kacau mereka. Haha. Bukan selalu kan, Zul, Akmal?

Petangnya, aku ajak Incik S ke Jusco Bukit Raja. Dah terlalu lama memendam rasa nak beli kasut. Tapi tup2 xde sale la plak. Harga kasut tu jadi RM99. Kena tunggu lagi la jawabnye tapi aku beli kasut lain dulu. Haha. Niat nak pakai masa gi Sabah bulan depan. Hehe. Makan2 di Old Town, order Nasi Nyonya. Ok, sedap. Aku rase sangat seronok makan dengan Incik S kat situ. Tah lah. Masing2 seronok makan sedap kot. Haha. 

Pagi Ahad, aku ke rumah makcik di Sabak Bernam sebab nak hantar Sepupuku yg berkahwin dengan orang Setiawan. Mula2 Incik S segan nk ikot tapi aku desak jugak. Haha. Kul 10 pagi aku tercongok depan kuaters dia melayan lagu dalam kereta sambil tunggu dia mandi. *Lama jugak tunggu dia bersiap. Adeh*


Mak ngah tepung tawar. *Mak kate pengantin laki ni iras cam Incik Ex. hmm? Terkenang yea, mak?*

Lepas zohor, rombongan pengantin kami bersurai. Kami gerak balik dulu sebab ade Jamuan Raya di rumah teman Incik S yang juga teman se bisnes. Jumpa dengan Zul dan Akmal sekali di situ. Makan lagi. Haha. Tup2 Akmal ajak join makan di Teluk Batik. Incik S pun kata OK. Singgah tengok adik Zul yang ditahan di Wad Hospital Teluk Intan, terus ke Teluk Batik. Best2. * sebab Zul yg bawak keta. so, kami rilex2 cuci mata dalam kete. ahaha*

Sampai sana pun dah nak dekat maghrib. Makan2. Gelak2. Borak2. Share cerita sebelum tunang, dugaan orang bertunang, persiapan2 dan macam2 berkaitan pasal Kahwin. Hehe. Sharing is Caring. 

2 orang kuat makan sedia berentap.

*Steady Akmal, steady. Haha*

Baliknya, singgah di McD, order hot coffea. Akmal memang kuat minum kopi sampai kami pun terikot2. sampai bole ngidam kopi Akmal kalo lama tak datang rumah diorang ni. Borank2 on the way balik ke Sabak Bernam bersama secawan kopi panas di dalam kereta. Peh. Memang asyik. lain daripada yang lain. Aku rasa pun perut kejang, pipi tegang sebab banyak gelak terbahak2 sepanjang perjalanan balik tu. Kalau dah Incik S berjumpe Zul, Hai, macam2 lah deme tu. Macam2 cerita keluar macam 2-3 bulan tak jumpa. Padahal boleh dikatakan hari2 berjumpa. Pelik deme berdua nih. *Aku dh start slang Perak. Ate, makan kt Teluk Batik kan? Hehe*

Sampai umah Zul kul 10 malam, terus naik kete Incik S ke Sg.Besar. Tup2 mak ayah Incik S ade depan kuaters dia. Mak dia ajak bersembang. Dapat la aku masuk umah Incik S tu. Tengok ape isi dalam. Hehe. Borak pasal hal kawen la, khemah la, pelamin la, hantaran la. Aku dengor je. Huhu. Kul 11.30 malam baru aku gerak balik. 12 malam sampai umah. Mandi ala kadar, terus tido. Sempat mesej Incik S atas 2 hari bersamanya yang sangat seronok. ^_^

2 comments:

purplishvanilla said...

bestnyer dgr ko bercerita..ayat yg last skali tu yg paling besh...yg paling taching beb....dlm ati ade taman..=) i like =)

Eyzan Encha said...

hehe..memang ade taman, kupu2 terbang. hehe. kami tak pernah spend mase mcm ni, tu yg seronok tu.

(tak sabar nak kawen. keh3. gelojoh.)

Post a Comment

Back to Top