Nampak?
Ecehh. Macam aku sorang je kerja banyak.
Dokumen untuk Audit Stor dan Stok baru 25% kot. Fizikal belum sentuh. Bertindih pulak dengan kursus. Nasib kursus kt opis je.
Pastu nak kumpul, kira data untuk SKT pulak. Buat last minit, insyaAllah boleh tapi data tu semua kongsi dengan staff2 yang lain. Kalau aku tak buat, diorang tak boleh isi SKT diorang. Hahaa. Kena buat cepat jugak.
Adeh. Semua dateline hari Jumaat ni nape??!?
0
First Week of November, 2015
November, 2015
Selamat datang November. 2015.
Bulan yang memerlukan tenaga tambahan. Awal2 bulan je dah penuh dengan hal2 tersendiri.
Audit Aset Stor.
Kursus Padi.
SKT.
Dan task baru oleh coach Susu Meriah Tanpa Suplimen. Cabaran 7 hari.
Allah. Macam tak boleh buat minggu ni. Jadual pack dalam minggu ni. Macam kena tunda minggu depan je. Huhu.
Bertabah lah hati. Serahkan semua kepada Allah. Allahu.
Fun. Food. Fesyen.
Fun
Food
Fesyen
Food
Fesyen
Terlampau asyik dengan igshop (Instagram shop). Sibuk nak g makan sana sini. Terpengaruh dengan update dalam facebook. Foodporn katenye. Dalam igshop gak kusyuk usha dress jubah cantik2. Qalaqisya. Bellaamara. Grrr. Santek! Bile nak grab ntah. Cuma tak terjebak to have FUN dengan fenomena 'SELFIE'.
Yup. i'm totally addicted dengan igshop. Too much attraction dari sudut FESYEN, FUN, and FOOD. Wargghhh! kena cuba kurangkan, limitkan masa tengok igshop nih. Sebelum parah.
This are 3 things yg yahudi cuba khayalkan umat. Thru FESYEN, FUN, FOOD.
Kuatkan iman. Jangan ikut emosi sangat. Jangan ikut nafsu shopping nih sangat.
Banyak2 ingat kat Palestine, Syria, Afrika. Allahu~
Pesanan dan peringatan keras buat diri sendiri.
Suku tahun kedua 2014
~Bismillahirrahmanirrahim~
~Assalamualaikum wbt~
Sambil tunggu pembekal email quotation alat tulis yang baru, update kejap lah blog nih. Lama sangat tak menaip luahkan isi hati. *Luah lah sangat*
Tengok tajuk post pun ala2 buat report audit aset. Haih. Kerja baru untuk tahun 2014. Jaga aset stor dan stok. Bagi aku, sebab baru, memang agak menjengkelkan sebab aku pun tak berapa suka. Hahaa. Tak berapa suka sebab 'kenapa aku?' 'Kenapa bukan orang lain?'
Pada mulanya agak terbeban. Mentally yang terbeban. Mind set semua nih. Dipengaruhi oleh emosi. Makanya hati tala suka lah. Syaitooonnn memang suka kan part2 nih..Hahaa.
Makanya, aku jadi agak stress di awal tahun. Bila dah bulan Mac, cuba bersangka baik. Cuba positif. Cuba cool down. Cuba tanak mengeluh.
Sekarang dah bulan Mei. Masih bertahan. Masih cuba bersangka baik. Masih cuba berjuang. Masih cuba cool. *nampak tanda2 orang stress di situ*
Semoga Allah permudahkan segalanya.
Berikan kekuatan iman dan amal.
Allahurabbi~
Drama. Drama. Drama.
Bismillahirrahmnanirrahim~
Assalamualaikum wbt~
Kalau tengok rancangan2 dalam tv sekarang nih, banyak sangat yang rekaan semata2. Tak kisah lah kalo rekaan semata-mata, tapi moral of the story macam tak de. Cerita sangat kosang, hanya berlandaskan angan-angan dan nafsu emosi semata.
Contoh. Jika (Ceh, jika. Huhuu. :p) kisah cinta, (mostly. 90% drama tentang cinta), sangat ke langit jalan ceritanya. Sangat angan-angan or dipendekkan berangan.
Rakyat Malaysia banyak disajikan dengan drama. Dari pagi sampai malam. Pastu drama-drama nih takde moral story yang baik atau jelas. Lepas satu drama, ke satu drama. Tapi apa kesannya kepada penonton? Untuk release tension, just for fun, untuk isi masa lapang etc and bla..bla..blaa...
Persoalannya, sampai bila nak 'FUN" sahaja? Sampai bila aku nak bersantai kosong atas sofa sambil layan drama? What input did i get?
Geram?
Menyampah?
Hasad Dengki?
Tikam belakang?
Curang?
Jiwang?
Sweet?
Comel?
Handsome?
And do I need all this things untuk harung hidup keesokan hari? Do I? Do you?
Rindu
Assalamualaikum~
Bismillahirahmanirrahim~
Rindu.
Banyak perkara yang tiba-tiba datang bertandang.
Rindu.
Tengok gegurl merempit, teringat zaman merempit. Dengan motor Yamaha SRX yang tak boleh nak bawak laju tu la, aku berpanas, berhujan dan basah kena simbah lopak. Rindu dengan outfit bila nak merempit. Jaket jabatan, sarung tangan putih, topeng muka dan kasut sukan. Hah. Sayang kulit oiii!. Pernah sekali tak pakai sarung tangan, hambekk. Tangan merah terbakor. Yelah, perjalanan amik masa 3jam, mau la terbakor yop! Memang feeling lone-ranger betul mase merempit. Boleh singgah Jusco Bukit Tinggi, g tengok wayang sorang2. Mak aku pun pelik. Boleh pulak buat perangai macam tu, kan? Anak sulung yang main hentam je ikut suka dia nak buat apa. Hehee
Rindu.
Zaman bujang seharusnya. Ya, bebas nak ke mana-mana. Bebas maksud aku, kalau nak pergi program mana-mana, dengan hati yang senang ajak kawan-kawan. Dan tak kisah jika balik lambat atau malam. Paling rindu, outing dengan Adah. Asal balik kampung, mak dah tau aktiviti wajib aku. Keluar dengan Adah. Kalau tak, aku duk rumah je. Tak pun jadi driver mak ayah gi kondangan @ kenduri. Seronok jugak. Bila lagi nak habiskan masa dengan parent.
Rindu.
Nak balik kampung selalu. Lepak bertapa dalam rumah, tengok tv dan tidur. Hahaa..Nikmat sungguh!!
Rindu.
Pantang nampak Kancil Merah Turbo. Terus tersenyum. Lagi-lagi kalau dia keluarkan bunyi berdesit time pecut. "Chinggg!!" . Bunyi berdesit tu la yang selalu suami buat bila lalu depan rumah mase time ngorat2. Hehe. Alahai, rindunye kat BoiFreNd. Sampai sekarang masih boleh tersenyum lebar bila nampak.
Rindu.
Nak dating lama2. Rindu zaman dating. Nak bercinta to the full-lest. Hah. Sebelum kahwin, more to kawan tapi mesra, so tak de la dating beria sangat or sms, gayut berjam. Ingat pas kahwin, boleh la dating beria santak, tapi badan aku plak tak larat sebab dah berbadan dua. Hahaa.
*entry ni dah lama taip tapi tak publish. Hehe*
*Tapi memang rindu pun*
*entry ni dah lama taip tapi tak publish. Hehe*
*Tapi memang rindu pun*
Tiada tajuk
Assalamualaikum wbt~
Bissmillahirrahmanirrahim~
*Aci dak buat tajuk entry gitu? hehe
Sebenarnya tak tau nak story-mory apa. Kepala macam serabut je. Tak tahu lah sebab nak isi HRMIS ke, kehilangan bos ke, jiwa kacau ke, cuak ke,.. Ntah ler. Hehee.
Oh ye. Unit aku baru kehilangan bos. Huhu. Bos naik pangkat G44, berpindah ke Shah Alam, Unit Racun. Hilang la satu-satunya bos lelaki dalam opis kami ni. Hilang la kumbang penyeri (selalunya bunga penyeri). Bos yang supporting dan happy-go-lucky. My 1st boss. The greatest boss. Huhu.
![]() |
| Chief Inspector of Paddy Seeds. Cewah!! |
Last minit punya adea, bagi sijil penghargaan untuk boss. Unit ade bagi hadiah tapi hadiah tu sampai lambat. Sebagai backup semasa majlis perpisahan, aku come out dengan sijil nih. Sudah tentu pakcik Google punye idea kasi cedok. Hehe. Dan sijil ni disokong oleh staff yang lain. They totally agreed dengan penghargaan ni. Syukur, mereka suka. Maklumlah, kebanyakkan staff dah seusia dengan ayah. Takkut tak menepati selera je ataupun kata macam poyo je. Hehe.
![]() |
| Trusted Brand!! (Nanti gantung dalam bilik baru tau, Boss!!) |
Dulu Pn. Herny. Sekarang En. Rizal. Dua2 boss yang best. Will miss them.
All The BEST, En. Rizal. Selamat Maju Jaya!! -ur naughty staff/aao/pa-
*eh, tiba2 ade topik nak story. Hehe*
*sedang berkira2 nak pindah juga. Unit Kelapa. Bukan naik pangkat, cuma lebih dekat dengan rumah. Oh, jiwa ku di sini*
Subscribe to:
Posts (Atom)
Posted by





