Pages

0

Suatu Catatan 3 Tahun Lepas

22 Julai 2009

Bermula langkah ku sebagai salah seorang warga Jabatan. Seorang Penolong Pegawai. Entah kenapa sejak kecil, padi dan sawah bendang dekat di hati aku. Satu keseronokan dan keterujaan bila menjejakkan kaki ke bendang. Sehingga membawa pulang serumpun padi untuk kenangan. 

Semasa di sekolah menengah, aku mengambil subjek Sains Pertanian tanpa banyak fikir. Hanya mengikut arus kawan - kawan yang rata - rata mengambil subjek tambahan. Aku tertarik dengan penternakan haiwan, yang aku dapati agak unik dan menarik minat. 

Lantas tanpa berfikir panjang, semasa memohon UPU, meletakkan DKHP (Diploma Kesihatan Haiwan dan Penternakan) sebagai pilihan pertama dan DP (Diploma Pertanian) di pilihan kedua. Rezeki ku dengan DP juga. Walaupun ibu kurang senang dengan pilihanku yang dilihat susah mendapat kerja dan tidak glamor. Aku laluinya dengan keputusan yang sangat baik setiap semester, pada firasat ku.

Hampir-hampir aku menukar tempat latihan praktikal di Barat Laut Selangor semata-mata untuk ke IPAH @ Pejabat Haiwan di Johor untuk menunaikan hajat hati bersama haiwan. 

Tapi jodohku memang di sini. Di daerah Kuala Selangor ini. Berkampung selama 4 bulan, benar-benar mendekatkan aku dengan nya dan membuat aku rindu jika lama tak bertandang ke daerah ini. 

Nah, sekarang. Aku benar-benar akan berkampung untuk seumur hidup aku di sini, di daerah Kuala Selangor ini, bersama sawah bendang yang selalu dirindui. Insy Allah. Semoga Allah sentiasa membantuku menguruskan kehidupan di sini dan memudahkan urusanku. Amin

*Terjumpa catatan ni masa kemas laci meja. (^_^)7


0 comments:

Post a Comment

Back to Top