Pada sabtu yang lepas, Raya ke 5, aku dan dua orang kawan rapat sejak zaman Dip gigih ke arah utara. Menghadiri wedding teman sekuliah di UPM dulu (pengantin perempuan dan lelaki). Alhamdulillah dan Tahniah buat mereka sebab agak lama mereka bercouple, sejak dari zaman Dip, membawa ke zaman Degree dan sekarang sudah ke alam pekerjaan. Bersatu juga mereka. ^_^
dari FB. Camera sendirik buat hal. So, xde amik pic mase wedding Ani n Yuh. Huhu |
Nak dijadikan cerita, Ansar yang drive. Su jadi jurupandu arah. Aku? Tukang sedia kerete. hehe. Menuju la kami ke Ipoh. Sampai di Tol Sungkai, jalan nak start jammed. Kami keluar ke Sungkai, lalu jalan kampung. Clear. Best btol. Hehe. Masuk semula ke hihgway selepas yakin jalan tak jammed di Gopeng rasanya. Tak ingat. Tapi bawak tak bole laju sebab tibe2 hihgway tu ditutup 1 jalan. Tinggal 1 jalan je. So,beratur la kami dengan kereta2 yang lain. Bawak dlm area 60-70km/j. Ok lah kan. Gerak jugak.
Disebabkan ikut pelan dalam kad sangat, kami terlepas Exit Ipoh 138. dalam kad tulis Exit Ipoh 139. Exit seterusnya, nun Kuala Kangsar sana. Hambik. Dengan time tu aku ngah tahan nak terkucil, lega nampak RnR Sg. Perak. Pastu terus la kami ke Exit Kuala Kangsar utk U-Turn. Nak U-Turn ke semula Ipoh pn amik masa 1 jam kaw. Haha. Kalo tak, dah siap2 makan nasi minyak dah. Tapi dah terlajak plak. Hahaa. *Tak pe la, dapat lalu Terowong Menora 2 kali. Batak. Hahaha
Sampai kt Dewan Risda tu, terus makan2. Jumpe Cik Haulah. *Jangan jeles yea Puan Rifqah*. Ade jugak Khozaid n wife. Tak lame pastu, Tini datang. Pastu nampak Faisal n wife. Baby dia, sangat lentik bulu matanya. Laki plak tu. Cam biasa la, aku mesti mau dokong kalo nampak baby nih. Suke senyum plak tu.
Sempat bergambar ngan pengantin, amik BERKAT. Heheh. Sambung duduk, sembang2 sampai nak terkeluar anak tekak sebab diorang pasang lagu kuat sangat. Tup2 menderu motor2 kuasa besar lalu. Linda Onn datang rupenye. Ni betul2 Linda Onn ok. Tapi kami pandang2 jer lah dia makan. Nak ajak bergambo, tengok cam penat je Linda tu. Makan bersungguh. Hehe.
Jam dah pukul 3 petang. Kami bersurai. Kat luar, terserempak dengan Munirah n husband. Sesat cam kami gak, ke Kuala Kangsar. hehe. Balik tu, kengkonon nak beraya rumah Haulah jap. tapi jalan jammed la plak. Tak kesampaian la nak singgah sebab takut sampai KL lambat nanti. *Next year yea, Haulah*
Meneruskan perjalanan ke KL lalu jalan kampung. Aku yang selama ni tak pernah heran dengan Laporan Skuad Peronda Hot, beria kuatkan volume setiap kali dengar. Kuala kangsar-Ipoh jammed, Bidor jammed, Sungkai jammed. Agak2 sampai Behrang, baru la kami masuk hihgway. Jalan clear. Alhamdulillah. *mase berhenti solat di Petronas di Pekan Bidor, doa semoga perjalanan baik, tak tersangkut jammed. Alhamdulillah. Makbul.* ^_^
Menuju ke KL pn jalan clear. kekadang je kena 'cucuk' ngan driver yang kurang sabar. Seb baik Ansar yang drive. Kalo aku, dah cuak kot. Hehe. Sampai Serdang, makan nasi lemak kat Bistro depan South City Plaza sebab semua kedai makan melayu tak bukak lagi. huhu. Diorang dah serba salah sebab aku tak makan kt Mamak. Hehe. Tapi ade nasi lemak, aku gagah kan jugak makan kt situ. Order air Kopi Ais, giler susu banyak. Manis sangat, tak rasa kopi pun. Haih. *Pasni aku order air kosong jer, sedap jugak tekak aku nk minum*
Hantar Su ke rumah, then kami balik ke Banting. Sampai umah Ansar kul 10.30 malam. Sampai umah aku kul 11 malam. Tapi aku dah anta repot kat mak aku. Kalau tak, risau la dia kt anak dara nya yang sorang ni. Hehe.
p/s: Doa dan minta pada Allah. InsyAllah, Allah bantu. Jangan sombong sangat. Minta la pada NYA. Aku minta dimudahkan perjalanan, tak tersangkut jammed, selamat sampai, Alhamdulillah. Memang tak tersangkut sangat. setakat sangkut kat trafic lite je. Biasa lah tu. Kereta dah banyak. Tenkiu, Allah. ^_^
Note: Incik S nak datang umah, tapi aku g Ipoh. Padahal aku yang beria suh dia datang umah beraya. Hehe. Nanti la, Incik S. Hari Malaysia nanti yea. ngan Mak ayah sume. (^_^)
1 comments:
amboi.. sempat lagi pekena aku ye. heheh.. nak la sgt pegi wedding ani. tp apakan daya, en suami tak larat nak pegi. kalau aku bujang, memang dah sampai sane hari jumaat lagi. huhuhuu.. sedih2.
Post a Comment