Pages

0

Seseorang dari masa lampau

Mendapat private mesej dalam akaun FB ku. Seseorang yang aku tak kenali kerana tiada gambar muka dan menggunakan nama samaran. Mungkin rakan2 sekampung yang mungkin tidak mengenali aku tapi main terjah hantar mesej. Sangkaan ku. Tapi, hari ni mesej ku berbalas dan nyata sekali aku mengenali dia. Sangat kenal. Insan yang pernah aku permainkan tanpa niat di zaman persekolahan. Zaman naif aku. 

Cinta zaman persekolahan.
Ada suka duka nya. 
Secara jujurnya, aku janggal dengan status 'cinta' semasa di zaman persekolahan. Tapi aku bahagia dan gembira menjadi secret admire seorang rakan sebaya. Sejak tingkatan 2 sehinggalah dia berkahwin pada tahun akhir pengajian ku di UPM, 2005. Cinta dan suka dalam diam yang aku pendam, berkubur dengan satu ayat "Kenapa kau tak tunggu aku?". Tapi hanya mampu menjerit dalam hati. Hehe. *Dah la tak terluah, lagi nak frust dia tak tunggu kau? Kau ingat kau sape, zan? Heh. 

Aku tak pandai bercinta di zaman sekolah. Waktu itu rasanya hanya tahu bergembira dengan kawan2 perempuan, buku, kedai buku dan perpustakaan. Cewah. Aku seorang pustakawan la. Hehe. Adik ku yg muda setahun boleh kenal pelajar2 senior terutama yang tingkatan 5 tapi aku hanya kenal rakan2 kelas dan kelas sebelah. Heheh. langsung tak amik pedulik. Ketua Pengawas aku kenal la, sebab selalu datang lambat.

Tapi semasa tingkatan 5, ade la sikit2 crush dengan rakan sekelas tapi tak amik port sangat. Sebab perasaan kat secret admired masih kuat. Heheh. Mungkin time ni ego aku masih tebal. Mane nak mengaku suka. Pastu kalau ade orang suka kat aku pun, makin tebal la ego aku. Makin aku jauh kan diri, makin aku tak layan. 'Dah elok2 kawan, yang nak suka2 ni kenapa?'. Tu la minda naif aku time tu. Bukan ape, aku tau aku tak cantik, tak glamer mane. Aku pun tak suka kan perhatian. Aku suka senyap2, diam2, orang tak sedar kewujudan aku selain score dalam belajar. Aku suka berkawan tapi masuk bab cinta2, aku boleh hangin satu badan.  Tapi aku takde lah marah diorang, cume terus menjauhkan diri, tak banyak cakap dan lama2 blah. Langsung tak bertegur. Sian kawan aku tu. (Perangai ni terbawa jugak sampai UPM. Sian kawan aku tu. 1 sem aku tak layan. Tapi Alhamdulillah, berkawan baik sekarang. Sangat baik)

Berbalik kepada perenggan pertama, dia dulu mahu ada hubungan lebih dari kawan dengan aku. Aku menolak tapi dia mencadangkan untuk cuba selama 1 minggu. Dan dalam seminggu tu la aku buat hal. Aku bole keluar ke pantai dengan sepupu kawan aku, MN. MN ni penpal aku. Selama ni tulis surat dan tepon2 kat publicphone je. Time tu baru jumpe, si dia yang ternampak terus datang. Tunjuk muka tak puas hati. Aku pun tak puas hati jugak. Pehal nak belasah2 kawan aku yg datang dari jauh tu tibe2? Pastu aku bagi alasan kat si dia, aku nak tumpu pada SPM. Aku malas nak cintan2. Aku memang takde hati nak cinta2 ni. Serius. Hei, ape benda nih? Rimas! Yes! Aku rimas! Maaf. 

Dan mesej semalam mungkinkah akan membuka luka lama si dia? 
Sudahkah si dia melupakan kisah lama kami yang 'tahapeape' bagi aku? 
Aku harap sudah. 
Aku harap aku berpeluang minta maaf pada dia. Aku kolot, naif dan ego suatu ketika dulu. Maaf sebab dulu aku benar2 tak berminat untuk bercinta, bercouple dan yang seangkatan. Aku suka berkawan. Tak lebih. Maaf sebab telah disalah anggap. Aku harap ade kakuatan itu. InsyAllah.

0 comments:

Post a Comment

Back to Top