Bukan dengan Incik S. (walaupun dah agak kerap merajuk dengan beliau. owh. mengapakah?)
Merajuk dengan teman2. Kawan2 sekampung. Geng yang dahulunya sebok merancang itu dan ini bila tibanya hari raya. Masing2 semakin sibok dengan hal2 masing2 barangkali. Tapi aku fikir, raya saja lah kami berjumpa. Setahun sekali. Walaupun sebenarnya kami duduk sekampung dan bekerja pun masih di dalam Selangor. Last berjumpa rasa2nya pada Raya 2010. Last. Takde re-meeting, re-unite or whatever. Cume aku ngan Adah yang rajin hang out sama2. Kadang2 ajak Zana.
Raya kali ini, aku kesian pada Adah. Dia yang beria2 mahu berya ke rumah teman2. Aku setia membalas mesejnya walaupun kadang2 terlewat balas. Dia yang mesej sana sini, tanya bila free, nak konvoi raya. Aku bukan tanak g beraya Adah, cuma terasa bila lihat kawan2 macam memang takde rasa, takde jiwa nak berkumpul, beraya bersama. Makin lama, makin kuat perasaan itu saban tahun. Sape lah kami yang duduk dan bekerja di area kampung ni kan? Hmm.
Cuti raya tahun ni aku kira yang paling panjang. Tapi takde pun daya mereka nak beraya, Adah. Mesej? Kol? Takde. Harap kat kita. Pastu, tak tau bile free. Takpe lah kalo tanak ikut beraya. Kami pun curi2 masa jugak nak beraya. Lepaskan semua rumah saudara mara, then baru plan beraya rumah kawan2. Ahad yang sempat. Nak seribu daya, TANAK seribu daleh. Last2 kita beraya berdua, pastu ajak Zana. Yang lain2, malas dah nak tanya. Ahad tu pun beraya rumah kawan2 selain geng. Jadi lah kan? Pastu lajak ke rumah Incik S, terus beraya ke JJ Bukit Tinggi. Hehe.
Nanti kalo aku dah kawin, ko nak g beraya ngan sape, Adah? Ajak la Zana tu eh? Dia rajin je balik kampung tiap2 minggu cam aku.
*hapdate*
Zana test camera. Tatau kenape suke sangat. Seb baik gelap. Haha. Selamat. |
Umah Siti Zubaidah @ Zubi yg keje MAIS Kuala Kubu. Dulu, ni la Geng2 terperuk kt kampung sebab keje kampung. Hehe |
*Mungkin Raya 2011 ini raya terakhir berstatus bujang? (T__T)
0 comments:
Post a Comment