Minggu pertama Deya sekolah selepas Mc 2 Minggu.
Kelam kabut sedia barang. Dengan budak2 mandi lambat. Semua ibu kena mandikan. Kakak Deya pun, sebab tangan bersimen kan. Jadi, persediaan amik masa yang lama. Sorang2 kena siapkan.
Lepas tu Ammar pulak dah 2 hari ngaruk. Kat rumah elok je. Bila nak naik motor dengan Makmok, dia terus tak nak. "Ammar cuti hari ni." Eh, banyak cekadak ye. Semalam dah guna alasan yang sama. Hari ni dia buat peel lagi. Last2, ibu hantar ke PASTI. Beli jajan, suruh masuk kelas. Ibu tinggal je dengan cikgu, walau dia nangis. Sampai Bila nak manja ntah.
Ibu pun muka tak semenggah pergi kerja.
0 comments:
Post a Comment