Pages

0

Aktiviti Sekitar Jun 2012

~Assalamualaikum~
~Bismillahirrahmannirrahim~


Ok la. Tak berapa ada banyak masa nak update. Modem demam, so sekarang online guna henset. Ni pun menumpang pc opismet sebelah. Dia pakai Wifi Booster, tarik line wifi dari pejabat seberang jalan. Line excellent plak tu. Dasyat2.

Berbalik kepada aktiviti di bulan Jun lepas. 


 16 Jun 2012, Sabtu.
Program Cinta Masjid TV Al Hijrah di Masjid Negeri Selangor, di Shah Alam.


  17 - 21 Jun 2012, Ahad - Khamis.
Berkursus selama 1 minggu di Parit Buntar, Perak.

22 Jun 2012, Jumaat, aku cuti, balik kampung. Aktiviti di kampung adalah, pergi ke Butik Pengantin D'Ella. Survey baju. Hehe. Konon nak kaler hijau tapi mak tak berkenan. Kat mata beliau yang lawa adalah berwarna Pink Belacan. Baik lah, ibunda ku~~


sedang keliru. huhu


 Esok paginya, jam 7.30 pagi dah gerak dari Banting ke Klang. Mahu berkenalan dengan orang-orang hebat yang mengformulasikan makanan kesihatan yang aku makan selama ni. Produk2 keluaran Syarikat Eskayvie. Antara yang aku makan adalah Redianze (best sangat!!), Nutrelle dan Afeeya Cafe. Cume Reverse belom makan sebab telah dilarang keras oleh EC aku.hehe. "Nak makan, tunggu dah kahwin. Biar suami awak rasa yg ori dulu.". Haiya~ Ayat~


23-24 Jun 2012, sabtu Ahad.
SuccESKAYVIE Silver Seminar di Hotel Prescott Klang.

Pengalaman ber'direct-selling' di Jusco Bukit Raja, Showroom Proton, tepi jalan dan Giant kalng Sentral. Serius tanak ade pengalaman ni lagi. Hehe. Malu sangat. Tapi ni cara nak buang sifat malu kita dan berani berhadapan dengan pelanggan. We never know our customer.  
*Eh, aku pergi seminar ni nak tahu pasal produk dan dapat barang free je sebenarnya. Tup2 kena wat direct selling. Harus la aku cuak.
Pas abis program ni plak, Dr. Syid dan Puan Kartika ajak Dinner di rumahnya di Bukit Jelutong. Malu kononnya tapi EC aku kata:
 "Bila lagi awak nak berdamping dan dekat dengan orang2 hebat? Memang Puan Kartika cakap kt awak kan?"
*haruslah aku buat muka malu tersipu-sipu sambil start enjin kereta mengekori kereta2 para Alumni yang bergerak sama ke Bukit Jelutong.Best makan kt umah diorang. Buat macam rumah sendiri. hehe. Makan pun sedap. Sedap sangat!!!

Jam 10 malam baru gerak dari Bukit Jelutong. Sampai Tg Karang dekat2 12 malam. Ko..anak dara balik lambat. Hehehh..

Kesimpulannya, hidup sangat bererti bila sepanjang minggu penuh dengan majlis ilmu. Best. Walaupun rasa macam takde rest. tapi seronok dan rasa energetic sangat. Alhamdulillah. Semuanya atas gerak hati yang Allah usik dalam hati. Semuanya bermula dari DIA. Allah. (^_^)

0 comments:

Post a Comment

Back to Top