Pages

0

Mudahnya Berkata, Lagak Bajet Bagus?


~Assalamualaikum wbt~
~BismillAllahirRahmanirRahim~


Aku agak pantang bila dengar atau baca status2 FB yang berbau emosi negatif (boleh bau eh). Entah la. Aku pun tak pasti jika ianya datang dari rasa hati yang bajet bagus atau pandang rendah pada orang lain. Sukar juga mengawal kata hati yang sudah sebati dengan buruk sangka dan bajet bagus (eh, aku bagus sangat ke?). 

Banyak dengar ceramah oleh Prof Dr. Muhaya di ikim.fm. Selalu beliau ulang:
Jangan Bajet Bagus


Susah juga nk buang atau kikis perasaan ni. Dalam kata lain, Ujub. Ia juga didatangkan dengan Riya'. Haishh..tak mampu rasanya aku nak mengulas 2 perkataan ni. Ilmu baru setitik air hujan kalau nak dibandingkan dengan ilmu seluas lautan. Sedar diri. Sedar diri.

Tapi diri kita ni hari2 mengadap macam-macam karenah orang. Hari-hari menatap FB, tentunya banyak terselit emosi negatif. Betul tak? 

Baru-baru ni ada sorang sahabat yang aku kira cukup tabah dan cekal hatinya, meluahkan rasa. Jahatnya aku, aku pandang remeh masalah yang diluahkan. Ya Allah. Datang rasa penyesalan selepas itu. Aku cuma katakan padanya supaya buat tak endah apa orang kata atau usik. Jangan mudah tersentuh, jangan mudah melatah dengan gurauan orang. Mudah kan aku cakap? 

Sahabat yg aku bahasakan 'Kak' ni, dah melalui banyak cabaran dan dah banyak bersabar. Aku kira dirinya sudah letih. Sehinggakan gurauan kecil boleh mengganggu emosi nya. Bagi aku gurauan kecil, tapi mungkin bagi dirinya, gurauan itu tak kena masanya dan tiada rasionalnya dibuat senda gurau. Aku perhatikan juga dua tiga menjak ini, beliau memang mudah melatah bila diusik. Ada bau2 emosi dan menahan marah bila diusik. Aku harap beliau bersabar. Kebanyakkan pekerja memang suka mengusik dan kadang kala tak kira tempat dan masa. Kadang kala gurauan kasar. Belum lagi gurauan ber'warna kuning atau biru' (pepaham jer lah).

Kadang2 aku berkata juga dalam hati. "Ala, rileks la kak. Diorang gurau je. Jangan la nak serius sangat."

Mudah la kan kat aku yang berjiwa kering dan muka selumber ni. Pastu bajet diri positif giler (Bajet Bagus la nih). Hati orang siapa tahu kan? Begitu mudahnya aku nak menasihati orang, padahal beban yang ditanggung belum tentu bisa aku tampung jika mengalaminya juga. Boleh ke nak terima gurauan2 kalau menghadapi masalah@ perkara yang men'serabut'kan diri? Belum tentu. Mungkin melenting juga.

Aku harap beliau banyak berishtifar. Jangan ambik pusing perkara yg diorang guraukan. Jangan ambik serius walaupun sedang penat. Kalau tak, nanti kita makin penat sebab nak menahan marah. Cara terbaik, cuma diam dan senyum. Nanti diorang diam lah. Harap2nya. Fokus dengan apa yang kita nak. Gurauan2 tu kalau mampu nak layan, layan. Kalau tak, diam, senyum. Yang penting, fokus kita dalam hidup. Jangan hirau cemuhan tak berasas dari manusia kelas bawahan. Sia-sia dilayan. Berdoa dengan Allah, jaga hubungan kita dengan Allah. In Sya Allah, hubungan yang lain Allah akan jagakan untuk kita. (Ok, peringatan utk diri sendiri juga. Ingat, EyZan!! Kamu selalu lupa!!)

Memetik status FB E-Usrah:
Adakalanya Allah menjadikan 'Orang yang kurang baik' sebagai orang yang dekat dengan kita kerana Allah nak tambah pahala kita dengan sabar disebabkan kelemahan dan kekurangan dia. Be grateful. (^_^)v
Dari Status motivator dan Doktor kesayangan aku, Prof. Dr. Muhaya:
Kalau kita terlalu sensitif atau cepat kecil hati, selalunya kita kurang yakin dengan diri dan tiada fokus tetap dalam hidup.Mereka yang kuat fokusnya tidak akan dikacau oleh benda remeh. Jangan sedih dengan cemuhan manusia. Ini amalan sia-sia. Cari Allah dimana kita berada dan apa kita buat.Lihat orang dengan penuh kasih sayang, itu kita akan dapat. Sama kita audit diri kita. 

Semoga kita semua terus positif melalui hidup ni. Redha dengan ujian Allah dan berusaha membaiki diri setiap hari. Bersangka baik 100% dengan Allah, tapi bersangka baik secara bijak dengan manusia. (^_^)

*Maaf jika entry ni macam agak mengarut dan terselit rasa bajet bagus. Sangat banyak kelemahan diri yang sukar dikawal. =.="
*Buat Akak, teruskan bersabar dan bersemangat jalani hidup. We love you, kak!! <3


Segala yang buruk datang dari kejahilan diri, jadikan sempadan 
Segala yang baik datang dari Allah, jadikan tauladan
Waallahua'lam
..Wassalam..

0 comments:

Post a Comment

Back to Top