Kehidupan di kampus mengajar aku banyak benda.
Terutama perhubungan sesama manusia iaitu PERSAHABATAN.
Alhamduilillah, kawan2 se kos baik2 semua.
Baik adap.
Baik dengan orang lebih tua.
Baik sesama rakan.
Baik. Memang baik pada tafsiran aku.
Mereka cukup baik.
Di takdirkan mengambil jurusan yang pada mulanya dipersoalkan oleh ibu "Ko nak kerja apa nanti?", aku rase seronok dengan jurusan ini. Tak perlu berpakaian terlalu lawa untuk ke kuliah. Cukup dengan baju kurung biasa dan tudung bawal. Lepas SPM, mana pandai nak melawa ikut fesyen sangat. *Aku sangat simple dan selekeh dulu.*. Petang pula berseluar trax dengan T-shirt, sedia untuk memcomotkan diri. Tapi aku enjoy. *pegi kulaih pakai jeans? Ade yg kena saman ngan pakguard UPM kang. Naya!*
Masa ini hidup tanpa Friendster, apetah lagi Facebook. Henpon pun masih kurang yang pakai. Masih rajin menabung duit syiling untuk bergayut di Publicphone asrama. Paling seronok kalau selepas guna Publicphone (terutama di waktu malam), ade plak kawan2 bertebeng kt tepi. Tak pasal2 buat mesyuarat tepi publicphone sambil berbumbungkan langit malam berbintang dan titisan embun. Seronok waktu itu. Baru sedar yang ukhwah kami sangat rapat dulu, walaupun kadang2 nampak seperti kroni2, grupping. Tapi kami baik sesama kami. Korang memang terbaik la, gugurl kos DipTani!!
Bergaduh dengan kawan baik?
Sudah tentu pernah.
Aku pernah buat kawan baik bermasam muka. Selisih bahu pun tak tegur atau senyum. Dan aku tahu dia marah. Biasa lah, time2 nak buat tugasan kumpulan. Masa dah suntuk, kerja tak siap lagi. Barang tak cukup. Aku plak buat perangai selumber. Hambik lah. Tapi tu pengalaman berharga. Dan aku sayangkan diorang semua terutama Lai dengan Su. Kawan yang baik, terbaik. Sentiasa positif dan rajin tegur. Mengaku kesalahan sendiri, berani tegur menegur dan buatlah yang terbaik demi sebuah persahabatan yang baik. Masalah boleh diselesaikan jika kita bercakap dengan baik. Pilih lah kawan yang baik dan boleh jadikan diri kita baik juga. Banyak yang aku belajar dengan Lai. *Tibe2 rindu Lai. huk2*
Bercinta?
Yang kelakarnya, aku dengan Lai boleh buat perjanjian bahawa kami hanya akan couple setelah masuk Sem 3. *Aku bajet Hot la konon. Perasan!*. Tapi tak pun. Dah sem last, sem 6 baru menggatal nak berpakwe. Tu pun tak lama. Sesuai berkawan baik je. Hmm. Bercinta bukan motif utama. Pernah ditanya oleh senior, kenapa aku tak nak bercinta. Aku jawab aku takut. Takut tak dapat nak jaga hati orang. Susah tuh.
Belajar?
Tak kira lah kita anak sulung ke, anak tunggal ke, anak bongsu ke, kita dah diamanahkan oleh mak ayah untuk belajar. Jangan amik ringan amanah tu. Mereka dah berpenat lelah hantar ke universiti, dengan harapan kita berjaya. Tapi di universiti, kita bukan setakat belajar dalam kuliah saje. Mak ayah berharap kita belajar untuk hidup, tanpa mereka dekat di sisi. *Disebabkan selalu suruh ayah amik setiap minggu, suatu hari ayah berkata "Cuba lah belajar naik bas, belajar berdikari". Hambik*. Akak2 dalam bilik semua kaki study, Alhamdulillah. memang environment yang baik dan memberangsangkan untuk belajar. Alhamdulillah 3 kali Anugerah Dekan dan 2 kali Sijil Kecemerlangan Akademik UPM. Walaupun dulu SPM aku tak sebagus mana. Jangan jadikan sejarah lampau sebagai alasan tuk kita malas berusaha untuk berjaya, yea adik Hajar. Biar apa yang terjadi, hadapi dengan senyuman. Ingat Allah, ingat Mak ayah. InsyAllah.
Bagi aku, zaman belajar semasa Diploma adalah terbaik. Mungkin sebab masa tu, 1st time dalam hidup jauh dengan keluarga. Suasan baru sebab aku tak pernah jauh dengan family. Lepas SPM plak tu. Tahu apa. Berjalan pun hanya sampai Banting. Klang ke, KL ke, tak pernah jejak sendiri sampai umur 18 tahun. Agak kolot kan?
Tapi Alhamdulillah, tuhan bagi kawan2 yang baik. Jaga Aurat, aku rasa takde yang menggedik sangat, sopan, takde yang kurang hajar, hormat dengan pensyarah, hormat dengan staff ladang,..ahh..baik2 la korang semua.
Dan yang pasti aku tak nampak tu semua ada pada budak2 U sekarang. Serius!!
Mungkin sebab kejutan budaya telah berlaku semasa mereka masih di bangku sekolah lagi. Dan mereka belum cukup matang untuk melalui nya. Sedey2. hmmm.
0 comments:
Post a Comment