Pages

0

Wake Me Up When September Ends

September, 2023. 

Akhirnya, September dah sampai ke hujung. Bulan yang selalunya dipenuhkan dengan aktiviti menutup rasa. Tapi tetap, hujung September tiba dengan emosi yang kaku. 

Hari ini berjalan perlahan. selesai sarapan, merenung dicelah pintu. Pandangan ke laman. Hari ni tak terlalu terik. Cukup untuk buat kain jemuran kering. Aku putuskan untuk singgah sebentar ke blog yang dah lama dibiar sepi. Hehe. Kot boleh datang wahyu untuk menaip sikit. Alhamdulillah. 

Hari ni juga selain siapkan hal-hal rumah, perlu juga pulang ke kampung. Sambil perlu singgah ke kedai borong cari stok air mineral kecik. Nk bubuh dalam beg goodies pengantin. InsyAllah, 6hb Oktober, si bongsu lelaki nk nikah. Minggu depannya, majlis di rumah pula. 

Walau banyak tak clear pasal nk kenduri ni, dengan kewangan yang tak tau dari mana, konfius nk rewang ke katering, bilangan hantaran juga warna tema rombongan. Haha. Yang nak nikah tu laki, yang tak amik tahu hal-hal majlis kenduri. Nak dibiarkan, lebih kepada kasihan kepada mak. Makanya, sibuk lah kakak-kakak nya. Itu pun yang banyak function pun si kakak nombor 2. Aku? 10% je lah kot. Banyak meriahkan je. Huhu. Banyak faktor tak dapat tolong banyak. Jauh di utara Selangor, uruskan family sendiri. TokLaki pulak bukan jenis reti ringan tulang. Lagi-lagi hal kenduri, memang bodoh-bodoh alang. Tau makan tidur je lah nanti. 

Sampai kampung nanti, singgah kubur AYAH sekali. Genap 2 tahun ayah pergi. Rasa macam baru lagi. Ulang alik amik turn hantar ke IJN, jenguk di Hospital Banting, hantar barang kt HTAR. Setiap kali lalu depan HTAR teringat detik- detik terakhir hantar ayah masuk emergency dan bawa pulang ayah yang dah dimandikan. 

Ayah. 
I'll be the best version of you. 
InsyAllah kita jumpa lagi.

 
0

RAYA 2023

 

Oter seluar raya anak bujang

20 April 2023. 12.45 pm.

Masih di rumah kuaters. Haha. Baju pun baru siap asing, belum masuk beg lagi. Teringat yang seluar baju melayu si bujang tu belum oter. Alkisah gendut, memang kena cari baju saiz besar dari umur. 

Dah gosok baju raya, teringat si kakak takde tudung raya. Hadeih. Pakai tudung ibu je boleh tak. Malas tul nak cari dah. Huhu.

Baju ibu is baju kerja. Yang baru siap jahit. Kena timingnya, maka tak payah la cari baju raya. Haha. Baju dari hasil beli kain hitam kat Jakel Tanjong Karang dulu, beli zaman bujang simpan dalam kotak. Nasib elok lagi kainya walau dah lebih 10 tahun peram. Haha. Matching dengan kain batik Kak Suhaili bagi saguhati pergi Indonesia. Done. My 2023 baju raya. 

Apa apa pun, memang keperluan anak yang didahulukan. Setel part diorang, lega dah. Dan bila dah penat buat setelkan semua, selalunya mood untuk kelengkapan raya sendiri dah terus off. Sebab tu kita pakai apa yang ada. Baki bonus buat simpanan bernafas dimasa depan, InsyaAllah.

*Kasut raya pun kasut kerja. Lantok ler pakai high heel boot cover. Skema habis. Memang ku gasak kan kasut British Polo tu. Jenis setahun sekali beli kasut, pakai sampai lunyai. 😜

0

September


Wake me up when september ends.


Fragile month. 

Sebak.

Rindu.

Serabut.

The month yang hurt much.

Esok ada meting dan aku di sini. Menaip. 

Naik memori FB dan hanya menambah rasa. Rindu memeluk pada yang tiada. 

Tahun lepas di bulan ini. HTAR jadi saksi. 

Bulan berlagak kuat walau hati dh rapuh. Rasa macam baru walau dah setahun berlalu. 

Kubur ayah masih begitu. Hanya ada nisan batu.

Kelu. Kaku. Tiap kali hadir membatu.

Tiada kata. Tiada bicara.

Hanya hati. Yang turut sepi. 

Hadirlah, walau cuma dalam mimpi.

0

The Feeling

 


Just doing my job.

Kadang ada orang nampak dia tak berkuasa bila kita serba serbi boleh. Jadi, apa yang boleh dibuat adalah dengan menghenyak emosi, playing victim. 

Dia hanya ingin nampak berkuasa, ada walaupun tiada, perlu atas nama klausa.

Tangan tak gapai yang jauh, tinggi. Hanya cukup untuk berpaut selesa, sejahtera seadanya.

Penat. 

Tapi duduk di dunia ini memang untuk berpenat. Urus lah penat kita sebaiknya.

0

Ayah

 25 Oktober 1957 - 30 September 2021


Allah rehatkan ayah.

Takde kekuatan nak taip banyak.

This useless little child cuba belajar redha untuk ujian Allah yang satu ini.

I love you.

0

Saje

 Saje taip sini sebab aku mengantuk. Haha.

Oh ye. Buat kenangan di masa depan. Hari ni hari terakhir bertugas sebelum cuti Hari Raya. Esok aku amik cuti sehari sebelum raya. Konon nak masak-masak lah. Tolong lah datang kerajinan dan dapat beli semua barang yang perlu nak masak. Dapat buat kuah kacang pun jadi lah. Masalahnya, kacang tanah pun aku tak jumpa lagi ni. Kacang tanah dan udang kering. Hoho. Tolong jangan bantutkan hasrat untuk memasak kuah kacang kali pertama dalam hidup. Haha. Balik kang try singgah Fresh Grocer pulak cari. Huhu

Eh, kenapa beria nak masak nih? Bukan patut balik kampung ke?

For memory. Kisah untuk masa depan.

Esok 12hb Mei 2021, 30 Ramadhan 1442H bermula PKP 3.0. Tiada sambutan perayaan dan kunjung mengunjung dibenarkan. Balik kampung apatah lagi. So, bertabah lah kita semua mereput dalam rumah masing-masing makan meggie. Haha. Chop. Chop. Takkan nk masak meggie. Kesian anak aku weiii. Raya macam tuh. Makanya, ibunya inihhhh akan cuba memasak kuah kacang dan nasi impit. Huhu. 


Ah. Panjang pulak aku taip. Konon saje nak menaip. Dah la, nak sambung keje. Kejap lagi nak balik dah.

Chiawww.

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Dari Bahagian Perancangan & Pemantauan


0

Paktam

Simpan sini lah untuk rekod, bila servis si Paktam nih. 

Semalam baru ganti Disk brek kiri kanan. Kawan suggest datang bengkel sebelah hospital untuk cek sensor, as si Paktam ni ada senggugut yang dah buntu nak difikirkan puncanya kenapa.

So, here we are. EJ Workshop. Dah cek sensor, tokey kata naik noti ignition ke ape kebenda ntah tadi. Dia tunjuk 2 tempat yg ada sensor, so maybe masalah kat situ. Dia try drive dulu. Aku pun tunggu la kt bengkel sambil layan FB, Whatsapp yg terkojot. Haha. Layan je lah.

So, tokey dah reset balik sensor. Dia kabor kalau jadi balik, boleh datang semula dan cek sensor mana yg problem. Masalah wayar putus ke, ape ke.. 

Harapnya bertahan ye Paktam. Jangan semput2 lagi pehlezzzz.

Last singgah Kedai Tayar Man pulak. Tayar belakang asyik kempis je. Baru hari ni sempat nak singgah. Soheh, ade paku melekat kat tayar. Haha. Tampal RM5. 

Suka servis kt sini. Selesa la walau kite perempuan sesorang. Memang tayar2 Paktam semua made in kedai ni, hasil tangan diorang jugak. Kite support kedai melayu yg bagus. 

Oh ye, EJ Workshop tadi pun melayu. Nama tokey Ejan. Haha. Sesuai sangat. Tak boleh blah, muka pomen ada iras ex. Aku ingatkan dia keje part time pomen tapi kok kurus? Haha. 
Aje giler.




 

Back to Top